Pengalihan & Penyimpanan Bahan-bahan

Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti kejuruteraan.Antara bahan yang biasa digunakan di tempat kerja iaitu :

  i Bahan mudah terbakar 
 ii Bahan yang berat dan panjang
 iii Bahan toksik. 

Bahan Mudah Terbakar

Bahan mudah terbakar terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas asetilena dan oksigen yang digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api seperti petrol, diesel, kerosin, dan sebagainya.Bahan berbentuk cecair hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup dan tidak mudah terdedah pada udara. Simpan bahan tersebut di tempat yang selamat serta jauh dari punca api.Ia juga mesti dilabel seperti Rajah 1.1 dan tempat simpanannya hendaklah ditanda amaran seperti Awas Mudah Terbakar  bagi mengingatkan pengguna supaya sentiasa berhati-hati semasa berada di tempat tersebut dan ketika menggunakannya.


Rajah 1.1 Label bahan mudah terbakar

Bahan mudah terbakar perlu disimpan atau diletakkan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan selamat.Apabila bahan tersebut ingin dipindahkan, gunakanlah troli dan bekas yang bertutup bagi mengelakkannya  daripada tertumpah. Bagi silinder gas yang mengandungi oksigen dan asetilena, silinder tersebut hendaklah sentiasa dalam keadaan tegak seperti dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2 Silinder gas
  

Bahan Berat Dan Panjang

Bahan berat dan panjang pula terdiri daripada bahan berbentuk pepejal pelbagai saiz seperti bahan logam dan komponen-komponen mesin. Bahan yang berat dan panjang seperti logam hendaklah diletakkan di atas rak yang kukuh dan kuat, manakala bahan yang kecil seperti skru dan rivet hendaklah disimpan dalam bekas kecil yang bertutup dan berlabel seperti di Rajah 1.3 bagi mengelakkannya daripada berselerak dan hilang. Rak yang dibina bagi menyimpan bahan berat dan panjang hendaklah tidak terlalu tinggi sehingga sukar hendak dicapai. Apabila bahan berat hendak dialih, lakukan dengan berhati-hati dengan bantuan rakan-rakan atau dengan menggunakan bantuan jek atau troli. Bagi bahan yang panjang pula,alihkan bahan tersebut dengan bantuan rakan-rakan bagi memudahkan pengalihan.

    Rajah 1.3 Cara penyimpan alatan

Bahan Toksik

Bahan toksik yang terdiri daripada bahan kimia hendaklah diasingkan daripada bahan mudah terbakar dan bahan lain dan mengletakan dengan label bahan toksik seperti Rajah 1.4 yang menyatakan tempat penyimpanan bahan toksik. Tujuannya adalah untuk mengelakkan tumpahan yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna. Bekas bahan tersebut hendaklah dilabelkan. Apabila bahan tersebut hendak dialihkan, gunakan troli dan bekas yang bertutup bagi mengelakkan tumpahan.

         Rajah 1.4 Label Toksik


Penggunaan Alat Dan Kelengkapan

Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung keselamatan. Contohnya, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5  Pemampat udara yang mempunyai pelindung.

Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti dalam Rajah 1.6. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat.

Rajah 1.6

a.selamat digunakan

b.tidak selamat digunakan
    
        


Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna seperti dalam Rajah 3.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa digunakan.

  Rajah 1.7 Pemasangan soket tiga pin yang betul



Gunakan peralatan dan mesin dengan betul.Contohnya, kikir berfungsi hanya untuk mengikir dan bukannya mengetuk

Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan kemalangan.

No comments:

Post a Comment