Kebakaran

Pengenalan dan Maksud
                       
1.   Kebakaran terjadi akibat daripada rangkaian tindakbalas kimia iaitu   
    tindakbalas  pengoksidan yang menglibatkan bahan api oksigen dan haba.

2.   Bahan api yang telah terpadam hingga mencapai ke suhu nyalaan akan       
    mengeluarkan wap atau gas yang mudah terbakar sehingga berterusan.

3.   Wap ini akan bercampur dengan oksigen pada kadar yang tertentu dan terbakar dengan sendiri.


4. Kebakaran ini akan menyebabkan terjadinya Tenaga , Haba , Cahaya dan Asap.

Faktor – faktor yang menyebabkan api menjadi kuat atau besar :-

1.Permukaan bahan
    Lebih luas sesuatu permukaan bahan, lebih banyak oksigen yang bersentuhan     
   Dengan bahan tersebut dan kebakaran menjadi lebih besar.

2.Kadar haba
  Jumlah haba yang dapat dikeluarkan oleh sesuatu kebakaran dan kadar    
  kepantasan pemindahan haba oleh bahan itu sendiri kayu, kapas , minyak atau gas.

3.Tiupan angin
  Angin akan membekalkan lebih banyak oksigen dan mempercepatkan lagi   
  proses rangkaian tindakbalas kimia dan memarakkan lagi kebakaran.

4.Suhu Atmosfera dan Kelembapan udara.
   Jika suhu udara di sekeliling agak tinggi dan udaranya kering seperti dimusim
kemarau ini akan membantu mempercepatkan kemerebakan api dan pergerakan
angin dengan cepat.

Cara – Cara Api Merebak

Api merebak adalah disebabkan oleh pemindahan haba yang berlaku melalui empat cara iaitu -

1.Olakan Haba ( Convention )   
Ia berpunca dari bahan seperti cecair atau gas dimana apabila panas ia akan mengembang dan menjadi ringan lalu bergerak ke atas. Dalam kejadian kebakaran di dalam bangunan olahan haba boleh memindahkan gas–gas yang panas ke tingkat atas melalui ruangan tangga atau Lift dan membakar bahan–bahan di bahagian atas.Manakala udara sejuk pula akan terus masuk membawa oksigen bagi menggantikan tempat udara panas dan mempercepatkan lagi kebakaran tersebut.


2. Bahangan (Reduction)
Kebakaran ini berpindah mengikut bahang kepanasan dari cahaya kebakaran . Bahangan dari cahaya kebakaran akan di serap oleh bakar yang agak jauh dan mengeringkan .Di samping memanaskan Bahan tersebut. Apabila mencapai takat sambaran bahan tersebut dengan sendirinya akan terbakar. Kebakaran cara ini biasanya terjadi pada rumah setinggan.
           
3.Pengaliran  ( Conduction )
Bahan-bahan binaan seperti tembaga , aluminium dan besi adalah pengalir haba yang baik di mana jika terbakar akan memindahkan kepanasan ke sepanjang batang logam tersebut . Jika logam tersebut tersentuh dengan bahan bakar , Ia terus memanas dan terbakar dengan spontan.
           
4.Kebakaran Terus Menerus ( Direct Burning )
Ia merupakan bahan yang terbakar apabila tersentuh terus kepada api yang terdedah. Api tersebut akan merebak perlahan-lahan hingga keseluruhan bahan tersebut hingga habis seperti kertas , kain , getah dan kayu.



Prinsip Asas Memadam Api Kebakaran

1. Melapangkan ( Starvation )
Ia merupakan proses mengurangkan atau mengasingkan bahan dari tempat kebakaran seperti:-

a. Memindahkan bahan-bahan yang belum terbakar ke tempat yang selamat seperti tabung gas,           minyak atau kain-kain .
b. Memindahkan bahan yang terbakar ke tempat yang lebih jauh dari bahan-bahan yang belum terbakar.
c. Memecah dan menghancurkan bahan kepada bahan yang lebih kecil supaya mudah                        dipadamkan.

2.Melemaskan (Smotherinng)
Iaitu proses menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen ke dalam kebakaran. Jika ini dapat dilakukan kebakaran akan padam dengan sendirinya. Kaedah ini dapat dibuat dengan menggunakan alat pemadam api jenis foam, pasir, debu kering, gas atau menggunakan kain basah.

3.Menyejukkan (Cooling)
Bahan yang mula mengeluarkan wap atau gas terbakar apabila mencapai takat sambaran. Oleh itu proses penyejukan adalah untuk mempercepatkan penurunan suhu kebakaran supaya lebih rendah dari takat sambaran.Ini akan menyebabkan proses pemeluwapan dapat diberhentikan dan kebakaran terpadam. Kaedah ini dapat dilakukan melalui semburan atau menggunakan gas karbon dioksida.

Jenis-jenis kelas api



Jenis-jenis Pemandam Api Yang Digunakan

1.Pemadam api jenis Air
Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
i. Jenis Kartus ( Cartridge )
ii. Jenis Tekanan simpan ( store Pressure )

Kedua – dua tabung tersebut berwarna merah, mempunyai berat 10kg dengan jarak semburan sejauh 4 meter .Bahagian dalam tabung di isi dengan air yang bercampur dengan sodium Nitrat bagi mengelakkan pengaratan dan pembekuan.

Tabung jenis kartus ,mempunyai satu lagi tabung kaca khas yang mengandungi tekanan gas mampat karbon dioksida. Apabila tabung kaca tersebut dipecahkan oleh plunger, gas tersebut akan keluar dan menolak air untuk di sembur keluar .
Jenis tekanan simpan pula,air akan dimasukkan bersama tekanan udara mampat dan dikawal oleh satu injap bagi menyembur udara keluar.

Cara menggunakannya ialah dengan menghentak bahagian atas plunger dan menghalakan nozzel ke arah kebakaran hingga air habis . Jenis ini amat sesuai
untuk api kelas A sahaja.



2.Pemadam Api Jenis Buih (Foam)
Silindernya berwarna kuning krim, dengan muatan berat 10kg. Jarak semburan antara 4-5 meter. Mengandungi dua bahagian di mana tabur luar diisi dengan campuran 8% Sodium Bikar-bonate dan Stabalizer. Stabalizer terdiri dari Saponis (serbuk tulang) atau Turkey Oil dan darah (3%)
Manakala tabung dalam pula mengandungi 13% Alluminium sulfik . Cara menggunakan ialah dengan menarik Plunger, lalu terbalikkan tabung dan menghala ke arah kebakaran hingga habis.
 Apabila aluminium sulfik dan larutan sodium karbonate bercampur akan berlakunya tindakan kimia dan mengujudkan semburan buih.  Api kebakaran akan dipadamkan secara menyelimut. Ia amat sesuai untuk api 

3.Pemadam Api Jenis Carbon Dioxide (Co2)
Tabungnya berwarna hitam dengan berbagai-bagai saiz. Gas Carbon dioxide dimampatkan pada suhu 744 psi. Mempunyai salur getah dan serombong supaya semburan dapat dihalakan dengan tepat ke arah kebakaran. Cara menggunakan ialah menanggalkan pin keselamatan, menekan tuas penekan dan halakan pada api. Jika api telah padam semburan boleh dihentikan dan digunakan pada masa yang lain. Kebakaran dipadamkan secara menyelimuti dan menyejukkan. Amat sesuai untuk api kelas B dan C.  


4.Pemadam Api Jenis Debu Kering ( Dry Chemical Power )
Jenis ini juga terbahagi kepada Dua jenis iaitu :-
i. Jenis Kartus ( Cartridge )
ii.Jenis Tekanan simpan ( Store Pressure )

Silindernya berwarna Biru Muda, Terdapat berbagai-bagai saiz. Bagi saiz 10kg ia mempunyai jarak pancutan 4 hingga 6 meter.Di dalam tabung di masukkan debu kering dan tekanan udara mampat. Debu kering pula adalah terdiri dari 97% sodium Bicarbonate 11/2 % Magnesium Stearate 1% Magnesium Carbanate dan ½% Tricalcium Phosphate. Semasa menggunakannya pastikan kedudukan menyembur berada di atas angin. Cara menggunakannya ialah diatas angin menggunakannya ialah dengan menghala ke arah kebakaran dan menekan plunger. Gas akan terbocor dan memaksa debu kering melalui nozzle.
Alat ini memadam api secara menyelimut dan melemaskan dapat memadamkan semua jenis kelas api Untuk api kelas D ia menggunakan debu kering jenis Tenery Eutectic Chloride ( T. E.C. ).


Cara menggunakan pemandam api

No comments:

Post a Comment