Penggunaan Kuasa Elektrik

Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan pembuatan. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan lebih cepat, selamat dan sistematik. Bagaimanapun, penggunaan elektrik yang tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.


Renjatan elektrik

Puncanya :-
i.   Kerosakan alat-alat elektrik seperti kabel yang pecah dan sebagainya
ii.  Kerosakan alat pelindung arus kebocoran bumi dan tidak disambung ke bumi.
iii. Penggunaan kabel yang tidak bersesuaian dengan arus yang digunakan
iv. Penggunaan fius yang tidak bersesuaian dengan kadar arus
v. Kebakaran elektrik.
vi.Pelindung arus tidak dapat memutuskan arus bila berlakunya litar pintas

Langkah  untuk menghindar dari bahaya elektrik:

i.     Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan wajarnya. Pastikan semua fius, pemintas, pemintas kilat, pemutus litar dan alat kecemasan pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat
ii.    Pastikan semua sambungan wayar elektrik diselaput dengan penebat dengan betul.
iii.  Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang lembab atau tangan yang basah.
iv.  Jangan sekali-kali mengubah suai alat-alat elektrik tanpa kebenaran dan

     pemerhatian oleh mereka yang ditauliahkan.

Pertolongan Cemas

       Pertolongan kecemasan perlulah diberi pada mangsa kemalangan secepat mungkin sementara perubatan yang sempurna diberi. Bentuk pertolongan  kecemasan mestilah sesuai dan betul dengan keadaan kemalangan yang dialami oleh mangsa. Jika berlaku kemalangan jangan panik dan perlu bertenang serta beri bantuan apa yang mampu sahaja.




Langkah utama yang perlu sewaktu berlaku kemalangan ialah :-

i  Putuskan bekalan utama elektrik, jangan sesekali menyentuh mangsa sebelum bekalan  
   diputuskan.

ii Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat.





iii Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau pernafasannya terhenti.


iv Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.



 v. Basuh tempat yang terkena bahan kimia dengan air.


Langkah kecemasan yang boleh dibuat sebelum pertolongan perubatan sampai  ialah ialah :-

1. Menghentikan pendarahan

Menekan terus bahagian luka dengan kain atau lampin yang bersih. Gunakan kain tambahan jika pertama berlumuran darah.Angkat bahagian luka itu ke atas,iaitu melebihi paras jantung.






2.  Memulihkan mangsa renjatan elektrik

Diantara tanda orang kena kejutan elektrik ialah :-

  - Kulit kelihatan pucat dan kebiruan
  - Denyutan nadi lemah
  - Kulit terasa sejuk dan berpeluh
  - Pernafasan pantas, singkat dan tidak tetap
  - Mangsa mengadu kehausan dan terasa hendak muntah
  - Mangsa hilang ingatan
  - Anak mata terbuka luas seperti ke bawah





 Teknik memulihan penafasan
















No comments:

Post a Comment